Isnin, 16 Ogos 2010



SELAMAT DATANG
Selamat datang ke blog Sekolah Menengah Kebangsaan Taee, Serian (SMK TAEE, SERIAN) KM 9 Jalan Baki-Riih, 94700 Serian, Sarawak.
Tel: 082-878458
Faks:082-878815

SEJARAH SEKOLAH DAN ASAL-USUL SMK TAEE
Dibina dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM4 juta di tapak tetap yang terletak di Kilometer 9, Jalan Baki-Riih, 20 km dari Bandar Serian. Sekolah ini dibina untuk menempatkan keperluan pendidikan majoriti kaum Bidayuh. Hampir semua pelajar ditempatkan di asrama.

Sebelum ini, sekolah ini pernah beroperasi di dua tempat sementara dekat dengan Bandar Serian dengan nama SMK TAEE.

Disembar 1981 -  SMK TAEE mula bertapak di SEKOLAH RENDAH CHUNG HUA, Serian dengan membuka tiga buah kelas Peralihan untuk pelajar Cina dalam aliran Bahasa Mandarin.
Jumlah pelajar ketika itu ialah 135 orang dengan kakitangan yan g terdiri daripada Pengetua yang pertama iaitu Encik Jee Teck Fong, 4 orang Guru, seorang Kerani dan seorang Pembantu Makmal.


Pada tahun 1983 - SMK TAEE dipindahkan ke tapak sementara yang kedua iaitu di SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERIAN (dekat masjid lama, Jambatan Sungai Sadong) kira-kira 2 km dari SK CHUNG HUA, SERIAN. Bilangan kelas bertambah dengan kewujudan 3 buah kelas Tingkatan 1. Pertambahan jumlah kelas ini adalah untuk menampung penempatan sebahagian daripada 200 orang pelajar.



Tahun 1984 - jumlah pelajar semakin meningkat kepada 305 orang. Pada tahun berikutnya bilangan kelas bertambah. 2 kelas Tingkatan 2 dan 3 kelas bagi Tingkatan 3. Pada tahun yang sama, buat pertama kali 3 kelas Tingkatan 3 menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

Tahun 1986 - SMK TAEE berpindah ke tapak tetap (sekarang) dengan jumlah pelajar hanya 154 orang sementara pelajar yang lain sebelum ini berpindah ke SMK SERIAN.

SMK TAEE sangat unik dan istimewa kerana terletak di kaki Gunung Sadong, yang menjadi kemegahan masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong yang berdekatan dengan sebuah kampung Bidayuh iaitu Kampung Taee.

SMK TAEE dikelilingi persekitaran yang menghijau dengan pemandangan kaki gunung yang indah dan menawan.

Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh MENTERI KEMAJUAN TANAH DAN KEMAJUAN WILAYAH; YB Sulaiman Bin Haji Daud pada 10 April 1987. Pada masa itu, SMK TAEE mempunyai seramai 390 orang pelajar dengan 20 tenaga pengajar (Guru).

ENCIK CH'NG OON HOCK
(Pengetua SMK TAEE - 2010)

Sekarang TAHUN 2010 -  SMK TAEE menempatkan kira-kira 1700 lebih orang pelajar termasuk pelajar asrama dan harian. Bilangan kelas bertambah sehingga Tingkatan 6. SMK TAEE sekarang merupakan sebuah sekolah 2 sesi (Sesi Pagi dan Sesi Petang) dengan bilangan guru kira-kira 100 lebih orang.

POST BY;
Guru Penyelaras Bestari
(En. Cajetan Ak Abang)